Monday, 6 August 2012

PILIH SALAH SATU 'GAME ONLINE' DAN SENARAIKAN TINDAK BALAS YANG ADA DALAM 'GAME' ITU

         Bagi tugasan kali ini, saya telah memilih permainan 'pool live tour' sebagai 'game online' yang saya kaji. Bagi saya permainan ini telah memberi saya maklum balas yang baik kepada saya.


Sepanjang kajian yang telah saya buat, antara maklum balas yang terdapat dalam permainan ini adalah :

=> permainan ini adalah sebuah permainan 'puzzle game' dimana pemain perlu memasukkan bola ke dalam mana-mana lubang dengan menggunakan kayu yang dipilih untuk memukul bola tersebut
=> pemain akan diberi ganjaran 'coin' yang telah di taruhkan setelah memenangi perlawanan.
=> pemain dapat bermain di mana-mana papan perlawan tetapi bergantung kepada jumlah coin yang pemain  miliki
=> bola hitam dijadikan cabaran di dalam permainan ini dimana pemain hanya boleh memasukkan bola hitam itu setelah ke semua bola yang menjadi hak kita untuk memukul bola itu habis atau selesai
=> pemain juga boleh membeli kayu pemukul dalam kedai yang terdapat dalam permainan ini dengan menggunakan coin yang ada
=> malah, permainan ini juga diadili oleh seorang juri di setiap tahap permainan iaitu tahap 1 sehingga tahap 14
=> pemain akan di beri arahan oleh pengadil sebelum perlawan


Suka saya katakan, permainan ini juga mempunyai 'interaksi' yang sangat baik dengan pemain.
Antara interaksi yang terdapat dalam permainan ini adalah :-

-> interaksi antara pemain dengan kayu pemukul yakni pemain perlu bijak memilih kayu untuk memukul bola itu kerana setiap kayu pemukul itu mempunyai kelebihan tersendiri
-> pemain juga perlu bijak untuk mengukur sudut dimana pemain ingin memukul bola supaya masuk ke dalam lubang yang ingin di tuju
-> permainan ini juga mempunyai kelebihan interaksi antara pemain dengan keadaan tempat di setiap tahap permainan kerana tempat permainan sentiasa akan berubah mengikut bintang yang telah dimenangi oleh pemain
-> permainan ini boleh bermain perseorangan dimana pemain hanya boleh menjemput kawan untuk bermain permainan ini atau mencabar orang tidak di kenali dengan taruhan yang di taruhkan
-> apabila sudah sampai ke tahap yang lebih sukar iaitu tahap 14 yakni pemain boleh bermain secara 'liga' yang akan diadakan setiap hujung minggu

No comments:

Post a Comment