Monday, 6 August 2012

KENAL PASTI SATU CONTOH UNTUK SETIAP JENIS SKIM KAWALAN DALAM PERMAINAN (GAME) : ~

       Apa yang faham tentang ' control schemes ' adalah cara pemain untuk mengawal karakter permainan dalam sesebuah pemainan yang dimainkan. Selalunya, permainan mempunyai 4 jenis cara untuk 'control schemes' iaitu 'screen-oriented steering, avatar-oriented steering flying, and point-and-click navigation'.


Screen-oriented steering :
( chess titan )

Di atas adalah contoh permainan yang menggunakan istilah 'screen-oriented steering' untuk mengawal permainan ini bergerak ke atas dan ke bawah dimana pemain hanya perlu mengawal 'joystick' ke atas atau ke bawah maka karakter permainan yang digerakkan akan maju atau mundur. Kegunaan konsep ini digelar sebagai 'top-down/isometric perspectives'.

 Avatar-oriented steering :

                                                                    ( counter strike )

Ini adalah salah satu contoh permainan video yang dipilih dimana ianya menggunakan konsep 'avatar-oriented steering' untuk mengawal karakter permainan ini bergerak. Konsep ini juga terbahagi kepada 3 jenis pengawalan iaitu ' joystick, D-pad control, mouse based control '. Tetapi, untuk bermain permainan ini pemain perlu menggunakan jenis pengawalan ' mouse based control ' untuk menggerakkan 'avatar' tersebut. Dengan menggerakkan tetikus ke hadapan, avatar permainan akan bergerak ke hadapan dengan arahan yang diberikan.

 Flying :
( air combat )
' Flying ' adalah salah satu jenis skim kawalan. Jadi bagi mendapatkan sumber untuk kajian ini, saya memilih permainan video ' air combat ' sebagai contoh kawalan skim yang berbentuk 'flying'. Justeru, untuk menggerakkan avatar game ini memerlukan joystick dimana pemain hanya perlu mengarahkan kapal terbang itu dengan menggerakkan joystick itu ke atas maka avatar terus terbang dan ianya boleh di kawal supaya bergerak ke atas, bawah, kiri dan kanan. Malah ianya boleh di arahkan supaya menembak sasaran dengan hanya menekan butang ' x ' sahaja.

point-and-click navigation :

                                                                        ( warcraft )

Akhir sekali adalah ' point-and-click navigation '. suka saya ingin cakap kan yang saya telah memilih permainan video yang bertajuk warcraft sebagai kajian permainan saya kali ini. oleh yang demikian, ' mouse based control ' adalah jenis pengawalan bagi menggerakkan avatar di dalam permainan ini. sepanjang kajian saya, saya dapati pemain boleh mengarahkan avatar itu bergerak dengan satu klik pada avatar dan satu klik di tempat mana yang ingin di gerakkan maka avatar itu akan terus mengikut arahan dan bergerak ke arah yang di klik tadi. pemain juga boleh menggerakkan sebilangan avatar melalui ' selected ' avatar yang ingin di gerakkan dan hanya klik pada tempat yang ingin di gerakkan sahaja, maka sejumlah avatar yang di 'selected' itu tadi akan bergerak mengikut arahan yang di buat itu tadi.

No comments:

Post a Comment